Tuesday, January 14, 2014

Injil Barnabas



Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad.
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.

Monday, April 29, 2013

Bangsa Dan Negara Dibesarkan, Tuhan Tidak Dipedulikan, Ini Jadi Kemurkaan Tuhan


Apabila rakyat di sebuah negara pemimpinnya, orang-orang kayanya, cerdik pandainya dan rakyat jelata merendah diri tanda bangsa itu Allah Taala hendak mengangkat menjadi penaung kepada manusia. Mereka akan diangkat dan ditinggikan oleh Tuhan menjadi empayar atau akan berdaulat di dalam negaranya,menjadi bangsa yang mulia, berwibawa, disegani dan dihormati.

Thursday, April 25, 2013

Mencungkil Hikmah Dari Perbuatan Tuhan...

Kita harus yakin bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku di mayapada ini yang Tuhan tidak tahu. Tidak akan berlaku sesuatu kalau Tuhan tidak izinkan dan tidak kehendaki. Apa sahaja yang berlaku tidak terkeluar dari rencana, rancangan dan jadual Tuhan. Dia pentadbir sekelian alam. Gugurnya sehelai daun kering di hutan belantara, Tuhan tahu. Menetasnya seekor anak ikan di lautan yang dalam, Tuhan tahu. Matinya seekor hama di celah-celah rumput, Tuhan tahu. Sebutir pasir menjadi batu di perut bumi pun Tuhan tahu. Bahkan bukan setakat tahu. Dia yang berkehendakkan ianya jadi begitu. 

Di samping itu, segala apa yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia-sia. Tuhan tidak membuat sesuatu dengan sia-sia. Apa sahaja yang berlaku, ada tujuan dan hikmahnya. Perkara yang berlaku itu akan membawa kepada perkara yang lain. Akan mencetuskan kesan yang lain. Akan memberi implikasi kepada pihak yang lain. Ia sambung-menyambung, kait-berkait, dan bermata-rantai dengan benda-benda yang lain. 

Wednesday, April 17, 2013

ALLAH...



 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1:2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


2. Al-Baqarah


[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Monday, April 15, 2013

Ilmu dan Hikmah


1. Panduan untuk Pendakwah dan Guru

Dalam Al Qur'an Allah berfirman :
surat:16 ayat:125
" Udd 'u ila sabili Rabbika bil hikmatih wal mau izatul hasanah wa jadil hum billati hia ahsan" [An Nahl 125]
Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasehat yang baik dan berdiskusilah dengan mereka dengan cara yang baik.
Ayat ini merupakan panduan untuk para pendakwah, pejuang agama dan guru sehingga mereka tidak hanya memberi atau menyampaikan ilmu saja tetapi sampai pendengar atau murid berusaha sungguh-sungguh untuk membuat perubahan nyata dalam diri mereka. Walaupun dalam ajaran islam, secara lahirnya siapapun boleh berdakwah atau menjadi guru, tetapi bukan mudah untuk menjadikan dakwah atau didikannya berkesan. Kalau sekadar berdakwah secara umum semua orang dapat mengerjakannya.
Ayat di atas mengingatkan para pendakwah, pejuang agama dan pendidik supaya dakwah atau didikannya berkesan, paling tidak ada 3 asas yang perlu dimiliki. Yang lain itu tambah-tambahan. Tiga asas ini yang sangat penting yaitu : hikmah, nasehat yang baik dan berdiskusi dengan cara yang baik.

Kategori Umat Islam...


Empat kategori umat Islam yang beramal dengan Islam ialah:

1. Secara umumnya umat Islam beragama mengikut suasana tempatan atau mengikut environment tempatan. Ertinya Islam secara ikut-ikutan.
Katalah kita berada di satu kampung atau taman yang mana ramai umat Islam di situ sembahyang dan puasa. KIta pun Islam. Kita fikir, "Aku orang Islam. Kalau tak sembahyang, tak kena gaya." Maka kita pun sembahyang tetapi cuma hasil tengok-tengok orang atau dengar-dengar sahaja.
Cuma tambah-tambah sikit bacaan sebab takut Islam kita tak sah. 80% dari hasil melihat-lihat orang. Orang begini beragama mengikut keadaan setempat. Agama semacam ini tidak berdasarkan ilmu. Bila tidak berdasarkan ilmu tentu tidak berdasarkan kefahaman. Bila tidak faham sudah tentu payah untuk dihayati. Kalau tidak dihayati, patutlah ibadah kita tak berbuah.
Dalam satu kampung pun tidak boleh bersatu, tidak boleh sabar, bertolak ansur. Bahkan saling berhasad dengki dan bergaduh kerana agama yang diamalkan berdasarkan keadaan tempatan atau suasana. 

Politik Islam yang sebenarnya


Politik sepertimana yang dihuraikan dalam muqaddimah buku ini bermaksud ilmu pentadbiran. Maka politik yang sebenarnya memberi erti selamat dan menyelamatkan. Itulah yang dikehendaki oleh ajaran Tuhan.
Apakah yang dimaksudkan dengan selamat? Yakni politik yang selamat. Iaitu ilmu dan usaha merancang, melaksana, mengurus, menjaga dan menyuburkan segala bentuk pembangunan tamadun insan dan tamadun material seperti yang diperintah dan dibenarkan oleh Tuhan.
Oleh kerana Islam itu ertinya menyelamatkan dan sistem hidup Islam adalah syumul (complete), maka ilmu pentadbiran sebenar yang menyelamatkan itu pun mencakupi seluruh aspek kehidupan insaniah dan material manusia. Di antara aspek-aspek itu ialah kepimpinan, pendidikan, ekonomi, sosial, pertanian, penternakan, motivasi, kesihatan, perhubungan, penerangan, kebajikan, ketenteraan, kehakiman dan lain-lain lagi. Bilamana seluruh bidang kehidupan telah dirancang, dilaksana, diurus, ditadbir, dijaga dan disuburkan menepati kehendak ajaran Tuhan sama ada tentang insan atau materialnya, maka itulah yang dikatakan sistem politik yang sebenar dan yang selamat lagi menyelamatkan.
Orang-orang yang terlibat di dalamnya sama ada dari kalangan pemerintah yakni perancang polisi pembangunan atau dari kalangan pegawai-pegawai pelaksana polisi hingga ke peringkat bawahan, semuanya dipanggil ahli (orang) politik Islam yang sebenar.
Tegasnya, orang politik terbahagi dua iaitu:
  1. Pembuat polisi
  2. Pelaksana polisi