Wednesday, February 27, 2013

TANAH MELAYU, REBUTAN ANTARA KERAJAAN AJAIB DAN YAHUDI.

Negara Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam buat kali yang kedua. Ahli Bait ramai yang berhijrah ke Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British, dan sejarah Melayu seolah-olah bermula dari Kesultanan Melaka.

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal untuk memadamkan benih-benih kebangkitan Islam. Pelbagai usaha dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba dan banjaran Titiwangsa. Di tanah tinggi, di tepi pantai, di tengah hutan, di tengah laut, mereka telah jelajahi. Namun mereka tetap gagal mengkafirkan penghuni bumi Tanah Melayu ini lebih-lebih lagi memadam bara api yang akan menyalakan api kebangkitan. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah mengambil bijih timah dan hasil bumi yang lain.

Yahudi terus berusaha keras untuk menonjolkan tokoh yang boleh menjaga kepentingannya di Tanah Melayu atau bumi Malaysia ini. Pada hari ini, Anuar Ibrahim yang berterus terang menyatakan pendiriannya menyokong Israel. Maruahnya kini kian jatuh. Daripada pembela Islam di era Abim, kini pembela LGBT yang lantang memperjuangkan kebebasan beragama. Jauh sekali terpesong. Tapi tidak hairan, kerana Anwar memang anak didik yahudi.

Monday, February 11, 2013

PROSES MEMBAIKI UMAT

Masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia sudah rosak. Masyarakat Islam sudah kusut,sudah haru-biru. Sudah huru-hara, kelam-kabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidak sehaluan, tidak bersatu padu, tidak sependapat dan tidak bersatu fikiran. Masing-masing ada tujuan-tujuannya yang tersendiri, tidak seia sekata, tidak bergerak serentak dan seirama. Mereka bersimpang si dan tidak menuju kepada matlamat Islam yang satu.

Mereka tidak tersusun dalam satu barisan yang indah dan rapi. Mereka bercelaru. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir. Ada yang ke darat dan ada yang ke baruh. Ada yang ke lurah, ada yang ke bukit. Ada yang ke timur dan ada yang ke barat. Hasilnya, umat Islam berlanggar, bertembung dan berlaga sesama sendiri. Umat Islam rosak dan rugi.

Orang kayanya sombong, suka berfoya-foya, suka membuang masa dan suka membazirkan kekayaan mereka.

Orang miskin tidak sabar. Merungut sana, merungut sini Mengeluh sana, mengeluh sini. Sentiasa sahaja resah dan gelisah.

Cerdik pandainya mementingkan diri. Asyik mengumpul harta dan mengejar jawatan dengan ilmu mereka.

Saturday, February 9, 2013

TELAH HAMPIR WAKTU...

+Bulan-Bulan Terakhir Tabligh Bertabligh
Tuan-tuan, tak perlu bergaduh atas sebab yang tidak jelas.

Saya terpaksa menaip bukan kerana kehendak jemaah, tapi kerana saya hendak memberitahu bahawa masanya hampir tiba...

seumpama tuan melihat kapal terbang yang tinggi diawan bergerak perlahan, hakikatnya kapal terbang tersebut mungkin berkelajuan 500km/j.

begitu juga dengan mereka yang berada diluar jemaah, mereka melihat pergerakkan jemaah ini perlahan... hakikatnya... jemaah ini sudah hendak sampai ke destinasi terakhirnya, jemaah sedang bergarak laju, sangat laju berbanding dengan tahun-tahun sebelum, seluruh dunia.

sebelum terjadinya perperangan akhir zaman, sebelum terjadinya kebangkitan Islam, rabai yahudi memberi "benchmark" kepada umat ini, umat islam hanya akan bangkit sekiranya solat subuhnya sama dengan solat jumaat. - Tuan, perkara ini telah pun terjadi di suatu kawasan asbab dari usaha dakwah ini menandakan dekatnya saat kebangkitan umat islam.

Tuan-tuan, tuan-tuan mempunyai semangat yang tinggi dalam Islam, tapi agak sayang sekiranya jemaah kami sudah bergerak hampir dengan Jurusalem, tapi tuan-tuan masih di hadapan komputer lantaran tidak mengetahui apa yang terjadi.

Tuesday, February 5, 2013

ILMU YANG BERKAT

Memberi ilmu kepada murid mudah, mengajak murid mengamalkan ilmu amat susah
Membanyakkan ilmu mudah, membanyakkan amalan susah sekali
Ahli ilmu ramai, ahli amal tidak ramai
Ramai para guru dapat memandaikan murid-muridnya
Tapi ramai para guru gagal mengajak muridnya beramal
Kalau ahli-ahli ilmu ghairah beramal tidak sempat hendak menbincangkan tentang ilmu kecuali sedikit sekali dengan tujuan beramal
Orang yang kurang ilmu tapi beramal dari amalannya itu akan mendapat ilmu atau menambah ilmu
Ahli ilmu yang tidak beramal, ilmunya itu akan bertambah berkurang
Ilmu apabila diamalkan baru dapat faedah
Bahkan adakalanya faedahnya melimpah ruah kepada orang ramai
Hari ini ahli ilmu disanjung orang
Tapi ahli amal tidak dipeduli orang bahkan adakalanya tidak pun disebut-sebut namanya
Kebanyakan di institusi ilmu tidak begitu mengambil berat di dalam latihan-latihan beramal
Ramai di kalangan yang bukan ahli ilmu lebih maju dan berjaya dari pakar-pakar ilmu
Terutama di bidang ekonomi yang tidak ada sijil ekonomi lebih berjaya daripada mereka yang ada kelulusan
Ramai orang bercakap tentang ilmu, tapi kurang yang bercakap tentang amal