Sunday, March 31, 2013

Ilmu Yang Patut Dituntut


ILMU sangat penting dalam kehidupan. Untuk hidup di dunia manusia memerlukan ilmu. Untuk hidup di akhirat pun perlukan ilmu. Jadi kita kenalah menuntut ilmu, sama ada ilmu untuk keselamatan dunia, lebih-lebih lagi ilmu yang membawa kebahagiaan akhirat. Atas dasar itulah Islam mewajibkan menuntut ilmu itu. Bahkan dalam Islam menuntut ilmu itu dilakukan tanpa had atau tempoh tertentu, ia mesti dilakukan sedari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Ini diberitahu oleh Rasulullah dengan sabdanya:
Terjemahannya: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
Selagi ilmu itu membawa faedah pada kita maka kalau ke negeri China pun termasuk Amerika dan Eropah, memang dibenarkan. Cuma persoalan yang timbul sekarang ialah ilmu yang bagaimana yang disuruh tuntut itu? Ya, ilmu yang membawa faedah pada hidup di dunia dan di akhirat. Soalnya apa bentuk faedah yang dimaksudkan? Sebab bukan semua yang berfaedah pada kita itu, berfaedah juga menurut Islam. Sebab ukuran faedah pada Islam ialah ilmu yang tidak melalaikan manusia daripada Allah SWT. Lalai dalam ertikata derhaka, iaitu perintah Allah tidak diikuti, larangan Allah dibuat juga. Lupa akhirat kerana terlalu tumpu kepada dunia. Dan lalai, dengan maksud ihnu itu membuatkan manusia sombong, takabur dan lupa diri selaku hamba Allah yang hina dina dan miskin papa.

Monday, March 25, 2013

Wasiat Raja Haji pada orang orang Melayu serantau Nusantara!



SEGALA puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Nabi serta keluarganya sekalian. Ke hadrat umat Melayu di seluruh dunia. Wa ba’du, maka inilah warkah daripada Raja Haji yang fakir lagi hina di depan Allah taala. Demi malaikat yang menjadi saksi, demi pena yang melarikkan wacana dan demi lembaran yang menjadi wahana.


Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. 


Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah. 


Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari Kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu. 


Adil Bukan Seimbang


Adil Bukan Seimbang


Erti adil bukan ertinya seimbang
Tidak juga bererti ukuran sama panjang
Definisi ini adalah tanggapan biasa yang lumrah kita terima
Bukan takrif yang dikehendaki oleh Islam
Erti adil meletakkan sesuatu itu sesuai dengan tempatnya atau kedudukannya
Iaitu utama mesti diutamakan
Yang tidak utama mesti dikemudiankan
Yang penting didahulukan, yang tidak penting dibelakangkan
Yang wajib diutamakan, yang sunat atau yang harus ditinggalkan jika berlaku di dalam satu keadaan
Mungkin tidak boleh difaham jika tidak dihuraikan
Mari kita menghurai agar kita faham
Adil yang paling besar atau super adil
Allah Taala kita jadikan sebagai Tuhan
Kita sembah, kita besarkan, kita puja sepanjang masa
Kita cinta dan kita takut dan ingat serta sebut di mana-mana
Jangan jadikan selain Allah Tuhan, atau kita utamakan dan besarkan lebih darinya
Adil martabat tinggi syariat Tuhan diutamakan atau didahulukan
Atau hak Tuhan kita dahulukan
Peraturan manusia ditinggalkan
Hak Tuhan kita utamakan hak manusia kita kemudiankan
Adil martabat rendah ialah mengikut faham biasa
Adil martabat kedua mendahulukan hak ibu bapa dari kita
Guru-guru kita juga patut diutamakan dari kepentingan kita
Mendahulukan hak suami dari kita adalah utama dan mulia
Jika berkongsi berniaga saham sama banyaknya untung bagi dua
Kalau saham tidak sama untung diberi mengikut saham sedikit banyaknya
Jawatan yang hendak diberi kepada seseorang sesuai dengan kebolehannya
Gaji diberi sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab
Inilah dia erti adildan keadilan
Tapi kita sedih adil yang diperjuangkan oleh para pejuang adil martabat rendah
Super adil dan adil martabat tinggi tidak diendah
Bermati-matian keadilan peringkat rendah diperjuangkan hingga sanggup menumpahkan darah
Keadilan martabat tinggi dan super adil diabaikan dan tidak diendah

Saturday, March 23, 2013

Pandangan Seorang Muallaf Cina Muslim Terhadap Melayu (1)


Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang menciptakan langit tanpa sokongan tiang, yang menjadikan bumi dengan kuasa graviti, yang menjadikan siang dan malam mengikut pengiraan Mu yang Maha Perancang dan Maha Bijaksana. Siapakah hambaMu ini kalau bukan kerana sifatMu yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaNya. Kaulah yang Maha Mulia yang memuliakan hambaMu dan Kaulah yang Maha Adil yang menghinakan musuh-Mu. Segala-gala pujian bagiMu. Hambamu yang hina ini mengharapkan keberkatan menulis dariMu dan semoga ia bermanfaat kepada muallaf yang lain. Ampun maaf sekirannya terguris hati yang membaca.
Assalamualaikum kepada para pembaca, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama Islam saya adalah Ahmad Mustaqim dari keluarga Cina kacukan Baba Nyonya di Melaka. Disini saya ingin menulis pandangan saya sebagai seorang muallaf Muslim yang baru berusia seminggu terhadap Islam di Malaysia.

Friday, March 15, 2013

Mengapa penjara di dunia dipenuhi lelaki manakala penjara di akhirat dipenuhi wanita..???

Dimana-mana negara di dunia hari ini penjara-penjaranya dipenuhi kaum lelaki. Ini tidaklah aneh kerana kebanyakannya yang merompak, membunuh, menculik, merampas adalah di kalangan lelaki.

Ertinya mengikut penilaian dunia, kaum lelaki banyak yang jahat berbanding kaum wanita. Tetapi pada waktu yang sama,kaum wanita mendapat satu khabar yang mencemaskan iaitu Rasulullah SAW` memberitahu bahawa penghuni neraka, 2/3 adalah terdiri daripada kaum wanita.Mengapa terjadi demikian?

Kerajaan manusia dan kerajaan Tuhan tidak sama. Oleh kerana itu ukuran Tuhan dan ukuran manusia juga adalah tidak sama. Ada perkara di dalam kerajaan Tuhan salah tetapi bagi kerajaan manusia tidak salah. Begitulah sebaliknya.

Contohnya dalam kerajaan Tuhan berat atau ringannya kesalahan tidak diukur dari sudut lahiriah atau nilaian fisik. Banyak bentuk kes adalah yang tidak memerlukan kekuatan fisik. Sebab itulah ia mudah dilakukan wanita seperti menjadi pelacur, penyanyi, menampakkan aurat, bergaul bebas, melawan suami dan lain-lain. Ini tidak berat dari sudut fisik. Sebab itu kaum wanita banyak melakukannya. Pada kerajaan manusia itu bukanlah satu kesalahan.

Manakala kesalahan-kesalahan dunia banyak yang berat-berat, tidak sanggup dan tidak mampu dibuat oleh kaum wanita seperti membunuh, rompak, culik dan lain-lain.

Di sini lah sebabnya mengapa banyak penghuni neraka terdiri dari wanita, kesalahan yang nampak kecil pada manusia tetapi besar di sisi Tuhan. Kesalahan itu akan menjadi lebih besar apabila yang buat dosa tidak rasa berdosa lalu tidak bertaubat ke atas dosa-dosa tersebut malah terus mengulanginya..

Kaum wanita sepatutnya cemas dengan peringatan daripada Rasulullah SAW tersebut kerana begitu mudah untuk tergelincir ke Neraka jika tidak berhati-hati.

Biarlah kita susah dan sakit di dunia dalam mentaat perintah Tuhan dan menjauhi larangannya bagi mengelak sakit yang berpanjangan di sana...

Thursday, March 14, 2013

Pope Francis I Jesuit pertama menjadi Paus

Apakah itu Jesuit

Jesuit adalah satu aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom. Aliran ni pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lebih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah. Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa.

 
Pope Francis I merupakan Jesuit Pertama menjadi Paus

Kardinal Jorge Bergoglio disahkan sebagai Jesuit pertama dalam sejarah yang menjadi Paus. Tidak ada satu pun Paus Katolik secara terang merupakan penganut Jesuit dan Pope Francis merupakan yang pertama.

Kehadiran Pope Francis I akan membawa perubahan besar kepada ajaran Kristian umumnya.

Pergerakan Jesuit biasanya dilakukan hanya dalam gereja namun di era hampirnya kemunculan Dajjal laknatullah maka Dajjal secara terang terangan memilih para pembantunya untuk memimpin gereja Vatican.

Pope Francis I menyatakan bahawa dirinya sebagai "from the ends of the Earth"



vatican-elects-first-jesuit-pope-francis-I

Pope Roman Peter II sudah dilantik.





Susulan daripada 'pilihan raya' atau conclave yang berlaku untuk memilih kardinal manakah yang layak menggantikan Pope Benedict maka sesudah dua hari maka terpilihlah penggantinya.


Dia ialah Kardinal Jorge Bergoglio dari Argentina dengan memakai nama 'Pope Francis I'

Nampaknya inilah orangnya yang digelar Peter the Roman II menurut St Malachy.

Pope berbangsa Amerika Latin ini mengesahkan bahawa maksud bangsa Rom dalam hadis-hadis Nabi saw tentang perdamaian bangsa Rom-Islam dan perang besar Islam-Kristian sesudahnya.

Saya telah menulis dalam blog ini dalam siri artikel 'bangsa Rom' yang dimaksudkan Rasulullah saw tidak lain tidak bukan bangsa Amerika Latin.

Jadi 70 000 bani Ishak yang menyerang Konstantinople (Vatican) tidak lain merupakan sebahagian bangsa Amerika Latin yang memeluk Islam semasa era perdamaian.

Pope Francis I ini mungkin adalah orang yang menerima Ilham dari Dajjal laknatullah yang masih ghaib itu untuk menentukan hala tuju agama Kristian. Dialah penyambut Dajjal Laknatullah bila zahir kelak.

Sudah saya nyatakan Roman Peter II sama sekali tak akan dipakai pope baru kerana mereka bukan bodoh.

Roman kerana dia berbangsa Rom atau Amerika Latin.

Perlu diingat bahawa bangsa Amerika Latin dikategorikan sebagai 'Black' bukan 'White' seperti bangsa Inggeris ataupun bangsa Eropah. 

Peter kerana dia penerima Ilham Dajjal sepertimana Peter Roman I yang menerima ilham Iblis Laknatullah menukar ajaran suci Nabi Isa as.

Kini kita sudah tahu siapakah dia dan ini mungkin berkaitan dengan kematian (mungkin konspirasi pembunuhan) Presiden Venezuela Hugo Chavez yang amat tegas dalam isu Palestin sebagai bumi berdaulat ketika hayatnya. Presiden Hugo Chavez meninggal pada awal bulan Mac lalu.

Kita sedia maklum Benua Amerika adalah pusat pemerintahan Dajjal dalam fasa yang lalu dan fasa pemindahan ke Israel Dajjal melantik pembantunya dari negeri pemerintahannya yakni Pope Francis I untuk menjayakan kerajaan Dajjal laknatullah di Israel.

Wednesday, March 13, 2013

PESANAN RIJALULLAH 1


1. Sesiapa yang masih mempunyai saka dan bekerjasam dengan jin jahat, pada masa daulah nanti, mereka termasuk di dalam golongan Dajjal laknatullah.


2. Bulan 3 ialah bulan bercantumnya dua dunia iaitu dunia jin dan manusia sebagaimana pada zaman Nabi Sulaiman A.S . Bulan 3 dan 4 ialh bulan kejadian alam bertindak dengan ributnya, dengan gempanya, dengan kemaraunya, dengan banjirnya, dengan penyakitnya dan sebagainya. Bulan 5 pula adalah bulan berdarah....


3. Bermula bulan 3, segala perkara pelik akan terjadi sehingga manusia tak dapat melogikkan dan meng'akal'kan lagi perkara yang terjadi sehinggalah mereka berkata : "ini semua kuasa Tuhan".


4. Berpuasa sunatlah sebab ia akan meringankan roh. Apabila roh sudah ringan, kita akan lebih sensitif dan peka dengan manusia dan dengan Tuhan.Kita juga akan ringan melakukan amalan sunat yang lain. Kawallah mata dan telinga agar hati sentiasa bersih dan tidak rosak. Elakkan mendengar dan melihat perkara yang sia-sia dan merangsang kejahatan. Bahkan lagu yang sia-sia juga dapat melemahkan roh. Jadi, janganlah berkata: "susahnya meningkatkan roh" sedangkan benda-benda ini masih dibuat. Sia-sialah berzikir dan berwirid tetapi masih membuat perkara-perkara ini. Ia seperti menanam pokok tetapi pada masa yang sama, menabur baja dan racun serentak . Pokok tak berkembang bahkan mungkin mati. Begitulah roh. Berpuasalah sebab ia adalah perisai dan juga kekuatan roh.


5. Jangan tinggalkan pedang malammu (ibadah malam) sebab sesiapa yang meninggalkannya seperti pergi berperang tanpa membawa senjata. Maka sesiapa yang berjuang, wajib bagi mereka membawanya.


6. Carilah syafaat walaupun dengan bersedekah 10 sen setiap hari.


7. Janganlah kamu bersedih sekiranya manusia mendustakanmu kerana apa yang kamu katakan tidak terjadi disebabkan perubahan Jadual Tuhan. Mereka bukan mendustakanmu kerana dirimu tetapi mendustakan orang yang mengkhabarkan kepadamu berita-berita ghaib tersebut. Hakikatnya mereka mendustakan kami dan yang mengutus kami kepadamu. Sekiranya mereka tahu siapa yang mereka dustakan itu, nescaya mereka pasti akan memilih untuk berdiam diri  dan tak sewenang-wenangnya berkata sesuaka hati.


8. Daulah sudah sangat dekat. Jadi, sesiapa yang berpotensi menjadi hijab kepada terjadinya daulah itu, akan dimatikan. Begitu juga dengan sesiapa yang dirasakan boleh memberi peranan di alam ghaib untuk membantu daulah berbanding dengan peranannya di alam nyata, maka akan diambil juga. Tetapi bagi mereka yang ada peranan di alam nyata untuk mempercepatkan daulah, akan dikekalkan di alam nyata, bahkan akan ditangguhkan ajalnya dengan kehendak mursyid dan Tuhannya.


9. Ramai manusia yang meminta Allah mengampunkan dosa-dosa mereka tetapi mereka sendiri tidak bersifat pemaaf kepada manusia lain. Tidakkah kamu tahu bahawa ada dosa yang hanya akan terampun apabila kita memaafkan saudara kita yang bersalah dengan kita? Lagi kita memaafkan dosa dan kesalahan saudara kita yang sangat menyakitkan hati kita, lebih besar pengampunan yang Tuhan akan beri atas kesalahan dan dosa-dosa kita. Bahkan dosa-dosa besar kita juga akan diampunkanNya. Sifat tidak memaafkan adalah sifat keji  yang berasal daripada sifat ego, sifat ketuanan , dan dendam serta pemarah yang mahu manusia lain tunduk kepada kita. Bukankah Rasul SAW pernah bersabda yang bermksud : "berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat padamu?" Dan setiap yang menyakitkan anak Adam itu dikira sebagai penghapusan dosa-dosanya? Ini termasuklah apa yang menyakitkan perasaan dan hati kita. Tidakkah kamu sukadosa-dosa kamu diampunkan dan keaiban kamu ditutup? Jika kamu tahu hakikat ini, kamu takkan bakhil untuk memaafkan saudaramu yang sepertimu juga tak lekang daripada membuat dosa dan kesalahan.

Sunday, March 10, 2013

POLITIK MALAYSIA KINI DALAM HURU-HARA.

Malaysia, pada sekilas pandang boleh dikatakan sebagai negara yang cukup bertuah, kerana Tuhan ciptakan padanya pelbagai bantuan alam kepadanya yang tiada di negara lain. Sekilas pandang juga, orang akan menyangka bahawa rakyat Malaysia sudah tentu amat beruntung dilahirkan dan dibesarkan di negara ini.

Seringkali Abuya mengutarakan dalam ceramahnya kepada masyarakat, dan banyak perbincangan yang diadakan; setiap individu yang merasa nikmat sebagai rakyat Malaysia wajib berfikir dengan lebih matang, patut mempunyai cita-cita untuk mendaulatkan Islam di negara yang dicintai ini.

Abuya pernah melontarkan pandangannya bahawa tidak ada lagi pilihan raya selepas ini. Suasana politik di Malaysia kini dalam huru hara. Yahudi kepung negara kiri kanan, depan belakang, atas dan bawah. Najib mahu mempertahankan kuasa Negara, Yahudi pula mahu merampas!

YAHUDI CHINA KEMBALI KE JERUSALEM



Mereka berbangga memilikidarah Yahudi. Mereka sanggup meninggalkan tanahairnya di China untuk bersatu dengan kaum asalnya di Jerusalem atau Yerushayalim. Tapi itu yang isytiharkan diri. Yang masih ramai di China berapa dan di manakah mereka?

SUMBER:WARGA DAULAH

Friday, March 8, 2013

KENALI YAHUDI ASHKENAZIC DAN BAHASA YIDDISH


Di Eropah, mereka dikenali dengan nama Ashkenazic Jewish. Mereka menggunakan bahasa Yiddish iaitu bahasa Yahudi yang telah di asimilisasikan dengan bahasa German.
 Albert Einstein adalah salah seorang daripada mereka. Beliau merupakan cerdik pandai Yahudi yang pernah terlibat dengan projek ketenteraan Nazi German di bawah arahan Hitler. Namun beliau mengambil keputusan untuk berpaling tadah dan mencuri beberapa blueprint projek besar dan rahsia Nazi dan bersekongkol dengan Amerika untuk mengubah haluan perang Dunia Kedua.
 Sebenarnya tanpa pendedahan dari Einstein, bom Atom tidak akan tercipta dan Amerika tidak akan menang perang. Perang di Eropah akan terus berlanjutan dengan kemenangan besar Jerman yang akan terlebih dahulu mencipta Bom Atom dan misil balistik. Sementara perang pasifik akan berpanjangan lebih lama. Asia Tenggara juga akan lebih lama berada di bawah telunjuk Jepun dan Yahudi sendiri akan mengambil masa untuk melengkapkan jadual dalam menubuhkan negara Yahudi di Palestin. 
 Bangsa Yahudi Ashkenazic ini jugalah sebenarnya yang ramai berkhidmat secara rahsia di dalam parti Nazi dan projek ketenteraan Nazi untuk menghapuskan Yahudi Ortodoks yang tidak sehaluan dengan mereka dalam merealisasikan cita-cita untuk menubuhkan negara Sekular Zionis selepas mereka menghancurkan sendiri Nazi dari dalam nanti. 
Hakikatnya kewujudan Nazi hanyalah laluan besar dan mudah yang di gunakan oleh Yahudi dan keluarga Rothscild untuk menghapuskan Yahudi Ortodoks (yang tidak sehaluan dengan mereka) dalam mempercepatkan jadual kewujudan Negara Zionis di Palestin dan hanya membenarkan Yahudi zionis yang ada kaitan dengan jadual agenda Dajjal sahaja untuk terus hidup dan Henry Ford sendiri seorang hartawan Yahudi berketurunan Ashkenazic telah menyumbangkan dana yang sangat besar kepada Nazi untuk menghasilkan kenderaan- kenderaan ketenteraan German semasa perang dunia kedua. 
Apabila Nazi tumbang, Henry Ford cepat-cepat mengeluarkan surat permohonan maaf secara terbuka kepada  Amerika dan Eropah atas arahan untuk melindungi konspirasi yang lebih besar di belakang Henry Ford itu sendiri iaitu Freemason, Illuminati, keluarga Rothschild dari di kesan terlibat membuat percaturan perang dunia bersama Pope Vatican. Perang dunia itu sendiri di rancang bersama oleh Vatican dan Freemason untuk agenda menyatukan dunia dibawah satu pentadbiran iaitu PBB yang telah sangat berjaya di tubuhkan . Nazi,German dan Hitler hanyalah proksi sahaja . 
Yahudi Ashkenazic juga yang paling ramai berperanan dalam gerakan Freemason dan Illuminati dan paling ramai menyeberang berhijrah ke Israel yang baru di tubuhkan selepas perang dunia kedua. Mereka juga menganggap kelompok diri mereka sebagai kelompok Yahudi paling istimewa berbanding kelompok Sephardic dari Timur yang agak ketinggalan,berkulit agak gelap dan kurang cerdik. Sebahagian besar daripada kelompok Yahudi yang lain ada kedapatan di Afrika barat dan berkulit hitam dan di India yang mempelopori perubatan Ayurvedha. Bollywood juga adalah sebahagian daripada agenda Yahudi India yang di sasarkan khusus untuk umat Islam di Timur terutamanya di Asia Tenggara.

SUMBER:WARGA DAULAH

Wednesday, March 6, 2013

Dakwah cara Nabi tak sesuai?


(Blog ini adalah himpunan Nota kepada diri sendiri, yang akan baca banyak kali adalah aku!)

“Salam saudara Hamka, saya sangat meluat dengan orang yang berdakwah secara berjumpa dirumah, sebab dengan dakwah cara macam ini, orang akan dapat dosa sebab marah dan tak selesa. Orang nak berehat, tapi pendakwah datang kacau, nampaknya, keghairahan kamu mencari pahala sunnah tanpa akal membuatkan orang lain berlaku biadap dan berdosa sesama islam. sepengatahuan saya, dalam berdakwah, yang penting cara itu mesti memikat dan menyenangkan orang. baru orang tertarik dengan kita dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.”

Adohai, komen di atas di tulis oleh salah sorang pembaca blog keretamayat, kemudian aku panjangkan komen ini kepada seorang ustaz X, kata ustaz X, adalah betul berdakwah cara berjumpa dari rumah ke rumah adalah ketinggalan zaman, kerana zaman ini dakwah boleh di buat dengan pelbagai cara, contohnya beliau yang mengajar di masjid menggunakan speaker yang kuat, juga adalah dakwah dua hala, satu dalam masjid, dan tak langsung orang luar masjid, kata ustaz X itu lagi, jika di rumah, kita On kan TV dengan ceramah ustaz Azhar Idrus dengan kuat, juga satu cara berdakwah.., boleh dakwah guna internet, guna muzik, cara dakwah jumpa adalah tidak sesuai dan meluat, bla bla bla bla..

Kenali Ape Itu Wahabi


Yahudi adalah bangsa Israel yang sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW hanya kerana Nabi akhir zaman itu bukanlah lagi dari Bani israel. Mereka bangsa yang terlalu tebal asobiahnya, sehingga mereka sanggup bermusuh dengan Tuhan. Sebab itu mereka cetuskan Ajaran anti Tuhan- anti Islam, sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Yahudi juga dikenali sebagai Zionis. gerakan ini mula di susun rapi setelah Theodore Herl (pengasas organissasi yahudi internasional) menulis buku “Negara Yahudi” pada 1896. Konsep ZIONISME yg menganggap kaum yahudi adalah bangsa terpilih menjadi kuasa terunggul utk memerintah dunia ini. memerintah dunia ini dari bukit Zion atau sion di jarussalem sebagai pusat pemerintah yahudi. Disinilah terletaknya masjidil Aqsa yang telah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim A.S ia adalah tapak bersejarah bagi semua agama samawi. Namun, kerana Yahudi dan Kristian menolak Nabi Muhammad SAW , MAKA Baitul Maqdis menjadi rebutan antara yahudi, kristian dan Islam. Baitul maqdis adalah kota ketiga terbesar umat Islam selepas Makkah Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah.

Makkah Al-Mukarramah:
1) terdapat kaabah dan masjidil Haram,
2) Tanah kelahiran Rasulullah SAW
3) Tapak kenabian Muhammad SAW.
Madinah Al-Munawarrah
1) Terdapat Masjid Nabawi.
2) Terdapat jasad Rasulullah SAW.
3) Terbina Daulah Islam pertama dimana Yahudi terhalau dari Haramain (Makkah dan Madinah).
Baitul maqdis
1) terdapat masjidil Aqsa
2) Kiblat pertama umat islam sebelum diubah ke Masjidil haram
3) Negeri Isra dan miraj tempat perhentian terakhir sebelum Rasulullah
SAW MIRAJ KE SIDRATUL MUNTAHA.

CENGKAMAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM.


Kata Abuya, kini di akhir zaman, semuanya telah diyahudikan. Atau erti kata yang lain semuanya telah dirosakkan, hingga umat Islam tidak mendapatkan Allah dan Rasul dalam kehidupannya, sekalipun dalam menuntut ilmu-ilmu Islam. Semuanya telah dirosakkan.

Dahsyatnya kerosakan yang dilakukan, hingga udara pun telah diyahudikan. Kita menghirup udara namun tidak merasa kebesaran dan kehebatan Tuhan! Udara pun yahudi berjaya rosakkan.

Apa yang yahudi lakukan hingga dunia begitu rosak serosak-rosaknya?


Yahudi adalah musuh Islam, dan mereka bermusuh dengan Tuhan sekalian alam. Sepertilah yang kita diberitahu sebelum ini, mengapa yahudi begitu bermusuh dengan Islam hanya kerana Nabi yang bongsu atau terakhir itu bukan daripada kalangan mereka. Justeru itu mereka memilih untuk bermusuh dengan Tuhan selama-lamanya.

Namun begitu, mereka cukup yakin dan sangat yakin kepada apa-apa yang disampaikan daripada baginda Rasul S.A.W. Kata Rasul, yahudi ini makhluk yang sangat beriman dengan Allah dan Rasul tetapi sangat bermusuh dengan Allah dan Rasul.

Tuesday, March 5, 2013

Perihal Yakjuj dan Makjuj


As salam.

Yakjuj dan Makuj adalah isu yang telah ribuan tahun dibincang baik oleh orang Islam, Kristian mahupun Yahudi. Tapi malangnya orang Yahudi lebih tahu siapa yakjuj makjuj itu.
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/188732_10150121031388618_770953617_6382530_2681142_n.jpg
Ramai menyangka ia adalah bangsa manusia kerana hadis-hadis menyebut mereka keturunan Adam.

Namun menurut terdapat seorang syeikh menyatakan bahawa Adam adalah nama khusus untuk khalifah  yang diutuskan di muka bumi. Sebelum manusia telah ada ramai Adam diutuskan ke muka bumi. Adam terakhir sebelum Nabi Adam as diutuskan adalah Adam bapa para jin. Dunia sudah dihancurkan berkali-kali sehinggalah Adam manusia diciptakan. Adam manusia ini Allah berikan kelebihan dengan ilmu segala yakni mempunyai pengetahuan tentang segala yang berada di alam ini. Ketika Adam manusia turun, bumi telah dipenuhi dengan keturunan Adam terdahulu. Tugas Nabi Adam as adalah untuk kawal segala yang ada di bumi dan di langit kerana sebahagian dari keturunan Adam terahulu mampu menembusi langit. Namun berlaku hibrid antara keturunan Adam manusia dan Adam terdahulu (Contoh perkahwinan manusia dan jin yang pernah berlaku).  

Friday, March 1, 2013

AL KISAH .... " ORANG TABLIGH "




  1. Ni bukan tulisan aku, aku dpt dari blog seorang karkun. Sangat menarik! Lengkap sekali jawapannya terhadap cemuhan2 orang yang tak faham akan usaha tabligh. mari kita sama-sama baca, supaya kita lebih menghargai mereka.


    *********************************************

    Orang Tabligh,
    Ntah sape la yg bagi nama,
    Sedangkan kita sumer kan sama,
    Umat Nabi SAW semuanye,
    Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
    Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
    x kan la keje ustaz dan ulama saja,
    Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

    Orang Tabligh,
    Lari!!Larii!Orang Tabligh dtg,
    Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
    Yg td segar bugar dah tido terlentang,
    Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang, Heh..betul la kata orang, Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.