Monday, April 29, 2013

Bangsa Dan Negara Dibesarkan, Tuhan Tidak Dipedulikan, Ini Jadi Kemurkaan Tuhan


Apabila rakyat di sebuah negara pemimpinnya, orang-orang kayanya, cerdik pandainya dan rakyat jelata merendah diri tanda bangsa itu Allah Taala hendak mengangkat menjadi penaung kepada manusia. Mereka akan diangkat dan ditinggikan oleh Tuhan menjadi empayar atau akan berdaulat di dalam negaranya,menjadi bangsa yang mulia, berwibawa, disegani dan dihormati.

Thursday, April 25, 2013

Mencungkil Hikmah Dari Perbuatan Tuhan...

Kita harus yakin bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku di mayapada ini yang Tuhan tidak tahu. Tidak akan berlaku sesuatu kalau Tuhan tidak izinkan dan tidak kehendaki. Apa sahaja yang berlaku tidak terkeluar dari rencana, rancangan dan jadual Tuhan. Dia pentadbir sekelian alam. Gugurnya sehelai daun kering di hutan belantara, Tuhan tahu. Menetasnya seekor anak ikan di lautan yang dalam, Tuhan tahu. Matinya seekor hama di celah-celah rumput, Tuhan tahu. Sebutir pasir menjadi batu di perut bumi pun Tuhan tahu. Bahkan bukan setakat tahu. Dia yang berkehendakkan ianya jadi begitu. 

Di samping itu, segala apa yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia-sia. Tuhan tidak membuat sesuatu dengan sia-sia. Apa sahaja yang berlaku, ada tujuan dan hikmahnya. Perkara yang berlaku itu akan membawa kepada perkara yang lain. Akan mencetuskan kesan yang lain. Akan memberi implikasi kepada pihak yang lain. Ia sambung-menyambung, kait-berkait, dan bermata-rantai dengan benda-benda yang lain. 

Wednesday, April 17, 2013

ALLAH...



 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1:2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


2. Al-Baqarah


[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Monday, April 15, 2013

Ilmu dan Hikmah


1. Panduan untuk Pendakwah dan Guru

Dalam Al Qur'an Allah berfirman :
surat:16 ayat:125
" Udd 'u ila sabili Rabbika bil hikmatih wal mau izatul hasanah wa jadil hum billati hia ahsan" [An Nahl 125]
Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasehat yang baik dan berdiskusilah dengan mereka dengan cara yang baik.
Ayat ini merupakan panduan untuk para pendakwah, pejuang agama dan guru sehingga mereka tidak hanya memberi atau menyampaikan ilmu saja tetapi sampai pendengar atau murid berusaha sungguh-sungguh untuk membuat perubahan nyata dalam diri mereka. Walaupun dalam ajaran islam, secara lahirnya siapapun boleh berdakwah atau menjadi guru, tetapi bukan mudah untuk menjadikan dakwah atau didikannya berkesan. Kalau sekadar berdakwah secara umum semua orang dapat mengerjakannya.
Ayat di atas mengingatkan para pendakwah, pejuang agama dan pendidik supaya dakwah atau didikannya berkesan, paling tidak ada 3 asas yang perlu dimiliki. Yang lain itu tambah-tambahan. Tiga asas ini yang sangat penting yaitu : hikmah, nasehat yang baik dan berdiskusi dengan cara yang baik.

Kategori Umat Islam...


Empat kategori umat Islam yang beramal dengan Islam ialah:

1. Secara umumnya umat Islam beragama mengikut suasana tempatan atau mengikut environment tempatan. Ertinya Islam secara ikut-ikutan.
Katalah kita berada di satu kampung atau taman yang mana ramai umat Islam di situ sembahyang dan puasa. KIta pun Islam. Kita fikir, "Aku orang Islam. Kalau tak sembahyang, tak kena gaya." Maka kita pun sembahyang tetapi cuma hasil tengok-tengok orang atau dengar-dengar sahaja.
Cuma tambah-tambah sikit bacaan sebab takut Islam kita tak sah. 80% dari hasil melihat-lihat orang. Orang begini beragama mengikut keadaan setempat. Agama semacam ini tidak berdasarkan ilmu. Bila tidak berdasarkan ilmu tentu tidak berdasarkan kefahaman. Bila tidak faham sudah tentu payah untuk dihayati. Kalau tidak dihayati, patutlah ibadah kita tak berbuah.
Dalam satu kampung pun tidak boleh bersatu, tidak boleh sabar, bertolak ansur. Bahkan saling berhasad dengki dan bergaduh kerana agama yang diamalkan berdasarkan keadaan tempatan atau suasana. 

Politik Islam yang sebenarnya


Politik sepertimana yang dihuraikan dalam muqaddimah buku ini bermaksud ilmu pentadbiran. Maka politik yang sebenarnya memberi erti selamat dan menyelamatkan. Itulah yang dikehendaki oleh ajaran Tuhan.
Apakah yang dimaksudkan dengan selamat? Yakni politik yang selamat. Iaitu ilmu dan usaha merancang, melaksana, mengurus, menjaga dan menyuburkan segala bentuk pembangunan tamadun insan dan tamadun material seperti yang diperintah dan dibenarkan oleh Tuhan.
Oleh kerana Islam itu ertinya menyelamatkan dan sistem hidup Islam adalah syumul (complete), maka ilmu pentadbiran sebenar yang menyelamatkan itu pun mencakupi seluruh aspek kehidupan insaniah dan material manusia. Di antara aspek-aspek itu ialah kepimpinan, pendidikan, ekonomi, sosial, pertanian, penternakan, motivasi, kesihatan, perhubungan, penerangan, kebajikan, ketenteraan, kehakiman dan lain-lain lagi. Bilamana seluruh bidang kehidupan telah dirancang, dilaksana, diurus, ditadbir, dijaga dan disuburkan menepati kehendak ajaran Tuhan sama ada tentang insan atau materialnya, maka itulah yang dikatakan sistem politik yang sebenar dan yang selamat lagi menyelamatkan.
Orang-orang yang terlibat di dalamnya sama ada dari kalangan pemerintah yakni perancang polisi pembangunan atau dari kalangan pegawai-pegawai pelaksana polisi hingga ke peringkat bawahan, semuanya dipanggil ahli (orang) politik Islam yang sebenar.
Tegasnya, orang politik terbahagi dua iaitu:
  1. Pembuat polisi
  2. Pelaksana polisi  

Saturday, April 13, 2013

Empat Kategori Umat Islam

Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum. 

Kategori-kategori tersebut ialah: 
1. Orang yang abai 
2. Orang yang cuai 
3. Orang yang lalai 
4. Orang yang bertaqwa 

ORANG YANG ABAI 
Ertinya orang yang mengabaikan Tuhan dan syariat Tuhan. Dia itu Islam mungkin kerana datuk neneknya Islam dan emak ayahnya Islam. Maka secara automatik, dia pun Islam. Namun dia tidak fikir tentang Tuhan dan tidak fikir tentang syariat Tuhan. Dia tidak fikir tentang ibadah dan dia tidak fikir tentang halal dan haram. Tuhan ada atau tidak, tidak penting baginya. Tuhan ada atau tidak ada, sama sahaja baginya. 

Begitulah rasa hati orang yang mengabaikan Tuhan.Dia hidup mengikut gaya dan corak yang disukainya. Tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Lebih tepat lagi, dia mengikut hawa nafsunya. Kalau kita tanya apa agamanya, dia kata dia Islam. Tetapi Islam itu tidak nampak pada dirinya, peribadi dan tingkah lakunya. Islamnya hanya berdasarkan keturunan dan warisan. 

Wednesday, April 10, 2013

BILA MELAYU TERBELA?

BILA MELAYU TERBELA?

Wahai bangsa Melayu bangsaku
Kekuatan Melayu bukan pada bangsa
atau semangat kebangsaan
Begitu lama perjuangan atas nama Melayu
sejak merdeka
semakin LAYU
Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini
Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi
kepada orang Melayu lebih dari perlu
hingga bangsa lain iri hati
Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Melayu
Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga 
di satu segi sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdik dan ada degree
Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari
kecuali makan gaji
Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri
Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin diserah pada kerajaan
untuk membela
Berdiam diri, tidak peduli
Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi
Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi
Hakikat ini terpaksa kita akui
Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati
Kemajuan & pembangunan amat pesat sekali
dunia memang mengakui dan irihati
Tetapi side effect yg negatif hasil pembangunan sangat menakutkan
MELAYU-lah yg paling ramai terlibat gejala negatif
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah-sekolah
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab
orang Melayu number one
Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya
Inilah hasil perjuangan Melayu dengan semangat kebangsaannya, bukan!?
Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya
Melayu ada Allah, ada Islam
di sinilah kekuatan orang Melayu
Seperti orang Arab di zaman Rasul
yang menjadi empayar dunia
Mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
tetapi memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Arab terbela
Bangsa Turki menjadi empayar
bukan kerana memperjuangkan bangsa Turki
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Turki terbela
Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?
Orang Melayu kan ada Tuhan, kan ada Islam
mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam?
Abu Nizam 2/10/2004

Tuesday, April 9, 2013

Mukaddimah: Politik...


Perkataan "Politik" asalnya dari bahasa Latin atau Greek tua. Namun ia diterima sebagai bahasa antarabangsa. Semua bangsa di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakkan negara di dunia menyebut perkataan politik. Dan kebanyakkan negara di dunia memahami dan melaksanakan politik dengan maksud yang begitu sempit dan silap sekali.
Politik pada umum manusia diertikan sebagai perbuatan merebut jawatan untuk memerintah negara. Bentuk dan sistem pemerintahan negara yang akan dilaksanakan selepas mendapat jawatan itu tidak diberi perhatian serius. Bahkan tidak diheboh-hebohkan sebagaimana diheboh-hebohkan kerja-kerja untuk mendapatkan jawatan.

Berpolitik telah dipesongkan maknanya sebagai menyertai mana-mana badan politik untuk ikut serta dalam pilihan raya. Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana-mana parti dan ikut serta dalam pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun sekali. Kemudian sama ada dia menang atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa saja, itulah orang yang kononnya dikatakan orang politik. Sebaliknya orang yang tidak berpolitik itu difahamkan sebagai orang yang tidak menjadi ahli mana-mana badan politik, tidak mengundi dan tentunya tidak jadi calon dalam pilihan raya. Oleh kerana erti politik mengikut pandangan umum ialah sistem pilihn raya kerana hendak berkuasa. Oleh kerena terlalu hendakkan kuasa dalam pilihan raya, mereka menghalalkan cara. Cara halal atau haram, cara kotor atau bersih, menghuru-harakan suasana atau melakukan tipu daya, semua boleh mereka lakukan. Yang penting menang dalam pilihan raya. Setengah-setengah tempat, bunuh orang pun tidak mengapa. Rasuah pun tidak mengapa. Membeli undi pun dilakukan juga.

Saturday, April 6, 2013

Prakata...Politik...


Hari ini umat Islam menganggap apa yang dikatakan politik itu ialah politik Barat. Ini kerana rujukan mereka pada definasi poltik ialah kepada Barat. Mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kepada Islam, yakni Al Quran dan Sunnah. Bahkan di kalangan alim ulama dan pejuang-pejuang Islam pun, politik yang mereka faham adalah politik Barat atau sistem politik berpilihan raya.
Bila kita tanya kepada kebanyakkan tokoh politik Islam, mengapa mereka turut serta dalam politik kotor Barat itu, biasanya mereka menjawab, “Tiada pilihan lain.” Ya, seolah-olah secara tidak langsung mereka menganggap Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik. Seolah-olah Islam tidak sempurna, ia kekurangan cara untuk berpolitik walaupun rata-rata mereka mengaku Islam itu syumul. Rasulullah telah menunjukkan jalan tersebut. Bukankah Rasul lahir di zaman politik jahililah menguasai dunia? Namun baginda tidak pun menyertainya. Tanpa membuat alasan konon tiada pilihan lain, baginda berjuang menampilkan politik Islam, lalu membunuh politik karut itu.