Thursday, January 31, 2013

MENGAPA TONJOLKAN KELEMAHAN KEPADA MUSUH?

Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika ini telah mendatangkan beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranya ialah bangkitnya semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yang meluap-luap di kalangan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia. Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau katakata kaum Yahudi dan Barat yang nampak seperti menindas, menghina atau merugikan umat Islam akan ditentang dan dikecam.

Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat:

Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)

Tetapi kita juga dapat perhatikan bahawa semangat ini telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuknunjuk perasaan. Silap saja langkah dan cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.

Wednesday, January 30, 2013

SISTEM POLITIK HAMPIR BERAKHIR


Sistem politik hampir berakhir sudah
Segala-galanya telah terserlah


Tetapi orang politik
kebanyakannya tidak nampak
Kerana kebanyakan orang politik
melalui karier politiknya
hanya mencari makan
Sebab itu sebahagian besar mereka
tidak perasan
Mereka tidak sedar
Politik mereka akan menyembelihnya
Mereka mati di tangan mereka sendiri
Orang yang prihatin perjalanan politik
sudah merasainya
Kalau di Malaysia, satu peristiwa besar
akan terjadi tak lama lagi
Tapi ianya tidak logik
Namun ia akan berlaku
Ia berlaku tak lama lagi 
Mungkin di tahun ini
atau tahun depan ia terjadi
Bila orang yang prihatin memberitahu
ada orang geram tergigit jari
Penulis-penulis dan ahli politik cari makan
tidak mengerti ini
Kerana mereka tidak memikirkan masa depan
Yang difikirkannya perut
Yang di bawah dagunya bagaimana nak diisi
Banyak pandangan penulis-penulis politik
tidak terjadi
Apa yang dicakap ini
tidak lama lagi akan terjadi
Yang mengakhirkan sistem politik di negara ini
Mereka akan malu dengan sendiri
Perkara yang mereka tak terfikirkan, terjadi
Sebelum ini apa yang diramalkan terjadi
Mereka buat-buat tak tahu
kerana sakit hati dan benci

Tuesday, January 29, 2013

BAHAYA PENGARUH 'YAHUDI & NASRANI'

Dari Abu Said al-Khudri RH katanya:

Nabi Muhammad SAW bersabda:Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka.
Kami bertanya: "Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? 

Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka?(Riwayat Muslim no: 2669)




2-Huraian hadis.

Hadis ini meramalkan apa yang akan berlaku kepada umat Islam di akhir zaman. Mereka akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sehingga ke lubang biawak pun mereka akan mengikut kedua-dua golongan ini. Menurut Imam Nawawi (شبرا وذراعا)dan (حجر ضب) merupakan tamsil atau perumpamaan (analogy) menunjukkan permuafakatan yang amat rapat dengan idea-idea,  cara-cara atau pemikiran mereka [Syarah Sahih Muslim li Al-Nawawi (166/16)]. Ertinya mereka bersetuju dengan maksiat dan perselisihan tetapi bukan bersetuju dengan kekufuran Yahudi dan Nasrani. Menurut Imam Nawawi lagi hadis merupakan mukjizat Nabi SAW kerana apa yang dikhabarkan oleh Baginda SAW semuanya menjadi kenyataan sekarang. 

Sunday, January 27, 2013

DAJJAL & PENGIKUTNYA MULA MENONJOLKAN DIRI DAN BERPERANAN


Masih ramai umat Islam yang masih skeptikal dan ragu-ragu tentang Dajjal dan kedatangannya, bahkan ramai yang menyangka bahwa kedatangan Dajjal laknatullah mungkin akan berlaku ribuan atau ratusan tahun lagi atau tidak mungkin akan terjadi pada zaman moden sekarang ini. Mereka sudah lupa bahwa Rasul SAW pernah mengkhabarkan tentang akhir zaman bahwa umur dunia bagi umatnya hanyalah 1 setengah hari sahaja di sisi Tuhan iaitu 1500 tahun sahaja. (1 hari Akhirat = 1000 tahun). Bahkan Rasul SAW juga pernah menyatakan bahawa setiap Nabi dan Rasul akan memberitakan mengenai Dajjal laknatullah ini kepada umat masing-masing. Memandangkan Dajjal tidak hadir pada umat-umat terdahulu, maka kita tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan laknatullah tersebut. Dan memandangkan kita kini berada di kurun ke 15 Hijrah, maka kita kini sedang berada di hujung akhir zaman. Oleh itu, sama ada anda percaya atau tidak, sebenarnya dan hakikatnya generasi ini tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan Dajjal laknatullah melainkan dia meninggal dunia sebelum itu.

Saturday, January 26, 2013

POWER KAABAH


POWER KAABAH

Power Kaabah? Apakah Power Kaabah? Power Kaabah atau dikenali sebagai Muraqabah  Kaabah  sebagaimana yang disebut di dalam sebuah kitab tareqat Qadiriyah Wa Naqshabandiyah adalah Power ke 17 daripada power-power yang wujud di dalam Islam. Ia merupakan salah satu senjata dan kuasa yang tidak lagi disebut dalam dunia Islam semenjak terbakarnya kitab-kitab dan kutubkhanah utama di Baghdad selepas diserang tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan. Bagi yang tidak pernah tahu mengenainya, akan menganggap Power Kaabah ini adalah satu perkara baru dan asing . Tetapi benarkah begitu? Hakikatnya, Power Kaabah adalah satu instrumen penting dalam membangunkan Islam di akhir zaman. Power Kaabah ini dapat diambil dan digunakan dengan panduan dan izin guru mursyid/tareqat sahaja dengan izin Allah SWT.


Mari kita ikuti dialog berikut yang menerangkan bahawa Power Kaabah memang wujud dan dapat dibuktikan melalui kaedah sains. Berikut adalah petikan daripada Link Heliconia Weblog mengenai Power Kaabah menurut sains.

Lihatlah video ini : Radiasi power Kaabah memancar hingga planet Mars… ! & Beyond..!

Wednesday, January 23, 2013

SURAT NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA GEREJA VATICAN, ROME


Dari Muhammad (S.A.W) Nabi Akhir Zaman untuk Vatican, sebagai hadiah istimewa untuk umat-umatku yang sedang menganut agama Allah dan RasulNya iaitu Islam.

Wahai orang-orang Yahudi dan Kristian,
Tuhan kita Allah SWT, Tuan punya matahari yang kita amat perlukannya itu, telah pernah meminta kamu ciptalah matahari lain atau jika kamu tidak mapu, cukuplah kamu menukarkan arah perjalanannya dari Barat ke Timur. Kerana Allahlah yang menerbitkannya di Timur dan menurunkannya di Barat. Tetapi nampaknya yang itu pun kamu tidak belum pernah mampu. Jadi apakah cukup bijak bagi kamu untuk menentang Allah dan pesuruhNya?

Yahudi yang hidup sezaman denganku sangat terkejut dan marahkan Allah kerana melantikku orang Arab yang yatim dan ummi iaitu yang tidak boleh membaca dan menulis menjadi Nabi penutup. Sungguh tidak disangka bahawa mereka sanggup bersekongkol dengan Iblis untuk menentang Allah dan diriku. Lebih-lebih lagi apabila didapati dengan Islam, Allah buatkan bumi dan isinya menyerah diri untuk diperintah dan dinaungi, manakala Yahudi hanya menjadi orang buangan, dendamkan itulah wahai Yahudi dan Nasrani, datuk nenek kamu telah bersumpah untuk keturunan Yahudi dan Nasrani akan dijadikan musuh-musuh ketat kepada Allah, Rasul , Islam dan umat-umatnya. Celaka mereka, nescaya akan kami hantar semuanya ke Neraka.

BERITA GHAIB: PEPERANGAN DI ANTARA SIHIR DAN KARAMAH TELAH BERMULA

Semenjak dinyalakan obor Sukan Olimpik di London, maka kekuatan sihir telah ditambah dan menjadi semakin kuat kerana mendapat campurtangan secara langsung daripada Dajjal laknatullah. Termasuk di dalam sekutu-sekutu Dajjal laknatullah dalam menebarkan sihir ke seluruh alam terutama ke atas umat Islam dan khususnya ke atas pejuang-pejuang Islam yang yakin dengan kedatangan Imam Mahdi, mereka adalah terdiri daripada para Rabbai Yahudi Orthodox di Israel, Paderi-paderi dan rahin Kristian bermazhab Katholik, sami-sami penyembah berhala, tok-tok bomoh dan mereka yang mengamalkan ilmu kebatinan tanpa pimpinan mursyid yang haq.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa sesiapa yang tidak bermursyid sebelum ini, apabila tibanya masa untuk kemunculan Dajjal laknatullah atau pun Pope Petrus Romanus, maka secara automatik mereka akan menjadi pengikut dan tentera Dajjal laknatullah. Ramai yang masih tidak sedar bahawa ada di antara mereka telah pun menjadi pengikut Dajjal laknatullah. Ini kerana bukan semua orang dapat mengesan cop mata satu yang terdapat pada dahi mereka yang belum bermursyid. Hanya mereka yang berbaiah denga mursyid dan menangis bertaubat atas dosa-dosa mereka yang mampu memadamkan cop mata satu di dahi-dahi mereka itu.


Tuesday, January 22, 2013

The Last Pope, Pope Roman Peter II adalah dajjal..???



UN




Lambang UN itu sendiri adalah Olive Wheat And Grain. Adakah Bishop ini sengaja mereka cerita tentang UN ini? Oh, tidak. UN adalah antara pelan mereka untuk mewujudkan One World Government tidak lama lagi.
Bishop ; DULU DARI KAMPUNG KAMU,MALAYSIA ADA PEMIMPIN KAMU YG TELAH MEMERINTAH SELAMA 2O TAHUN DIUNDANG MENEMUI PAUS JOHN PAUL II,

DAN PEMIMPIN KAMU TELAH DITANYA TENTANG PENCAPAIAN BENEDICTINE ORDER DI SANA

PAUS JOHN PAUL II SANGAT GEMBIRA DENGAN PEMIMPIN KAMU YG SUKAKAN ORG2 JEPUN…”DASAR PANDANG KE TIMUR”…DIA SELALU MENGULANG-ULANG AYAT INI KPD PAUS.
 
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. Ini adalah salah satu tanda kiamat. Keadaan ini bertepatan dengan situasi sekarang, orang menuntut ilmu kerana mahu mengejar pangkat, kedudukan harta! Bertepatan dengan kata-kata Bishop tersebut di bawah. 
Bishop; BENEDICTINE ORDER TELAH BERKUASA TERHADAP SEMUA MANUSIA DI PLANET INI,TIADA SIAPA DAPAT MELARIKAN DIRI…MALAH MANUSIA BEREBUT2 MEMILIKINYA..

Saturday, January 19, 2013

BERITA GHAIB: APABILA TERPUTUSNYA RANTAI DAJJAL LAKNATULLAH

Telah menjadi satu kejayaan besar kepada para pengikut Dajjal laknatullah apabila baru-baru ini mereka berjaya memutuskan rantai kaki Dajjal laknatullah dengan mengorbankan seorang ahlilbait. Darah ahlilbait yang mereka kenalpasti diperlukan bagi memutuskan rantai-rantai pemimpin mereka itu. Kini, Dajjal laknatullah secara rohaninya dapat bergerak bebas mengembara ke seluruh dunia bagi mempercepatkan lagi agendanya mengumpul sebanyak mungkin manusia dan jin untuk dijadikan pengikut dan umatnya.

Kini para wazirnya telah bergabung dengan rabbai, paderi , ahli sihir, tok-tok bomoh, sami, pawang, dukun dan yang bersekutu dengannya untuk melancarkan serangan sihir kepada semua pejuang dan pendokong Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim serta pengikut-pengikut yang memperjuangkan haq. Tiada manusia yang terkecuali daripada sihir-sihir mereka. Serangan sihir mereka bersistematik iaitu tanpa henti yang mana sihir ini dilancarkan secara sistem syif iaitu bergilir-gilir. Mereka sangat yakin bahawa dengan membunuh pejuang-pejuang Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim di akhir zaman adalah satu cara mendapat redha tuhan mereka iaitu Dajjal laknatullah.

Jadi, sudah tiada masa lagi untuk para pejuang untuk berehat-rehat atau berlalai-lalai dengan dunia. Musuh sudah bertindak dan kini berada di depan pintu rumah kita, masihkan kita tidak serius dengan perkhabaran ini? Tingkatkan amalan dan jauhi dosa sama sekali. Hafallah ayat 1-10 surah Ashabul Kahfi dan jangan tinggalkan Hizbul Bahr. Bagi yang masih ragu atau tidak percaya, kewajipan kami menyampaikan berita ini kepada saudara dan saudari telah kami lakukan. Maka tiadalah hujah tuan-tuan dan puan-puan di depan Allah SWT kelak terhadap kami. Semoga Allah SWT melindungi kami semua dengan berkat Nur Muhammad, Sayidina Mahdi as dan guru-guru mursyid kami. Amiin.

DIALOG PEMUDA ISLAM DENGAN BISHOP (PADERI BESAR KATHOLIK)


Pernahkah anda mendengar tentang The Last Pope, Pope Roman Peter II, Cantus, Benidictine Order? Di sini saya ingin berkongsi cerita daripada
seorang pembaca blog rakan
seperjuangan. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi pada masa sekarang.


Ini adalah ulasan awal oleh EFERY HOLY WAR ..Seorang Blogger ..(para pembaca sekiranya hendak merujuk dialog yg asal rujuklah blog EFERY HOLY WAR ..saya ada senaraikan di ruangan link PENGKAJI DAN PEMIKIR ) blognya bernama RISE OF ISLAM.

Saya meminta izin untuk memaparkan dialog itu di blog ini , seterusnya saya akan membuat sedikit ulasan ... oleh Blogger Tanya-ustaz.blogspot.com
Tetapi buat masa ini saya paparkan dialog yg asal dan diulas oleh Efery -Holy War.
-----------------------------------------------------------
Kisahnya bermula begini....