Saturday, January 19, 2013

BERITA GHAIB: APABILA TERPUTUSNYA RANTAI DAJJAL LAKNATULLAH

Telah menjadi satu kejayaan besar kepada para pengikut Dajjal laknatullah apabila baru-baru ini mereka berjaya memutuskan rantai kaki Dajjal laknatullah dengan mengorbankan seorang ahlilbait. Darah ahlilbait yang mereka kenalpasti diperlukan bagi memutuskan rantai-rantai pemimpin mereka itu. Kini, Dajjal laknatullah secara rohaninya dapat bergerak bebas mengembara ke seluruh dunia bagi mempercepatkan lagi agendanya mengumpul sebanyak mungkin manusia dan jin untuk dijadikan pengikut dan umatnya.

Kini para wazirnya telah bergabung dengan rabbai, paderi , ahli sihir, tok-tok bomoh, sami, pawang, dukun dan yang bersekutu dengannya untuk melancarkan serangan sihir kepada semua pejuang dan pendokong Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim serta pengikut-pengikut yang memperjuangkan haq. Tiada manusia yang terkecuali daripada sihir-sihir mereka. Serangan sihir mereka bersistematik iaitu tanpa henti yang mana sihir ini dilancarkan secara sistem syif iaitu bergilir-gilir. Mereka sangat yakin bahawa dengan membunuh pejuang-pejuang Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim di akhir zaman adalah satu cara mendapat redha tuhan mereka iaitu Dajjal laknatullah.

Jadi, sudah tiada masa lagi untuk para pejuang untuk berehat-rehat atau berlalai-lalai dengan dunia. Musuh sudah bertindak dan kini berada di depan pintu rumah kita, masihkan kita tidak serius dengan perkhabaran ini? Tingkatkan amalan dan jauhi dosa sama sekali. Hafallah ayat 1-10 surah Ashabul Kahfi dan jangan tinggalkan Hizbul Bahr. Bagi yang masih ragu atau tidak percaya, kewajipan kami menyampaikan berita ini kepada saudara dan saudari telah kami lakukan. Maka tiadalah hujah tuan-tuan dan puan-puan di depan Allah SWT kelak terhadap kami. Semoga Allah SWT melindungi kami semua dengan berkat Nur Muhammad, Sayidina Mahdi as dan guru-guru mursyid kami. Amiin.

No comments:

Post a Comment