Saturday, January 26, 2013

POWER KAABAH


POWER KAABAH

Power Kaabah? Apakah Power Kaabah? Power Kaabah atau dikenali sebagai Muraqabah  Kaabah  sebagaimana yang disebut di dalam sebuah kitab tareqat Qadiriyah Wa Naqshabandiyah adalah Power ke 17 daripada power-power yang wujud di dalam Islam. Ia merupakan salah satu senjata dan kuasa yang tidak lagi disebut dalam dunia Islam semenjak terbakarnya kitab-kitab dan kutubkhanah utama di Baghdad selepas diserang tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan. Bagi yang tidak pernah tahu mengenainya, akan menganggap Power Kaabah ini adalah satu perkara baru dan asing . Tetapi benarkah begitu? Hakikatnya, Power Kaabah adalah satu instrumen penting dalam membangunkan Islam di akhir zaman. Power Kaabah ini dapat diambil dan digunakan dengan panduan dan izin guru mursyid/tareqat sahaja dengan izin Allah SWT.


Mari kita ikuti dialog berikut yang menerangkan bahawa Power Kaabah memang wujud dan dapat dibuktikan melalui kaedah sains. Berikut adalah petikan daripada Link Heliconia Weblog mengenai Power Kaabah menurut sains.

Lihatlah video ini : Radiasi power Kaabah memancar hingga planet Mars… ! & Beyond..!








Berikut adalah petikan daripada temu bual dengan Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir. TV Al-Majd menyiarkan temu bual ini pada 16 Januari, 2005
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Mekah sebagai pusat bumi telah terbukti secara saintifik. Bagaimana? Apabila mereka pergi ke angkasa lepas dan mengambil foto-foto bumi, mereka melihat bahawa bumi itu ialah suatu sfera hitam yang tergantung bebas. Lelaki itu berkata, “Bumi ini, siapakah yang meggantungnya?”
Penemubual: Siapa yang bertanya?
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: [Neil] Armstrong. Armstrong pada asasnya cuba berkata: Tuhanlah yang menggantungnya. Mereka juga mendapati bahawa Bumi mengeluarkan radiasi, dan mereka menulis kenyataaan tentang perkara ini di sebuah laman web tertentu. Setelah 21 hari, laman web itu sudah tidak dapat di akses.
Penemubual: Mengapa mereka menyembunyikannya?
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Ada niat tertentu…
Penemubual: Penyembunyian maklumat ini pasti mempunyai alasan signifikan..
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Ia amat ketara, kerana …Mereka berkata Kaabah mengeluarkan radiasi. Radiasi ini merupakan satu gelombang pendek ( short wave)
Apabila mereka menemui radiasi ini, mereka mula mencari sumbernya, dan mereka mendapati bahawa radiasi ini berasal dari Mekah, dengan lebih tepat lagi, dari Kaa’bah.
Penemubual: Ya Allah!
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Juga dikatakan …
Penemubual: Adakah radiasi ini mempunyai kesan?
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Mereka mendapati bahawa sinaran ini adalah infiniti. Apabila mereka sampai ke Mars dan mula mengambil foto, mereka mendapati bahawa radiasi ini terus-terusan ke luar ruang angkasa. Mereka berkata bahawa panjang gelombang yang kita ketahui … (atau yang terbatas yang kita ketahui) … sinaran ini mempunyai ciri-ciri khas: Ia inifiniti, dan saya percaya bahawa sebab itu bahawa radiasi ini menghubungkan Kaabah duniawi dengan Kaabah alam angkasa.
Bayangkan bahawa anda adalah Kutub Utara dan saya Kutub Selatan – di tengah-tengah wujud zon yang dipanggil zon keseimbangan magnetik. Jika anda meletakkan kompas di sana, jarum tidak akan bergerak.
Penemubual: Bermakna wujud tarikan yang sama dari kedua-dua pihak?
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Ya, dan itulah kenapa disebut-kemagnetan zon sifar, kerana daya magnet tiada kesan di sana, Itulah sebabnya jika seseorang bergerak ke Mekah atau tinggal di sana, dia hidup lebih panjang, sihat, dan kurang terjejas oleh graviti Bumi. Itulah mengapa apabila anda mengelilingi Kaabah, anda akan mendapat ‘bayaran’ dengan tenaga.
Penemubual: “Subhanallah
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Ya, ini adalah fakta.
Ini adalah sebuah fakta sains …
Penemubual: Kerana anda jauh dari …
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Medan magnet Bumi tidak mempunyai kesan ke atas kamu dalam hal ini.
Ada kajian yang membuktikan bahawa batu-batu basalt hitam di Mekah adalah batu-batu tertua di dunia. Ini adalah kebenaran.
Penemubual: Batu-batu yang tertua? Ya. Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik?
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: Sudah terbukti secara saintifik, dan kajian itu telah diterbitkan.


Penemubual: Mereka mengambil batu-batu basalt dari Mekah …
Dr. ‘Abd Al-Baset Sayyid: … Batu-batu Basalt dari Mekah, dan menyiasat tempat-tempat di mana mereka telah dibentuk.
Dalam Muzium British, terdapat tiga buah batu hitam [dari Kaabah] … dan mereka berkata bahawa batu ini tidak datang dari sistem suria kita.

No comments:

Post a Comment