Wednesday, January 23, 2013

BERITA GHAIB: PEPERANGAN DI ANTARA SIHIR DAN KARAMAH TELAH BERMULA

Semenjak dinyalakan obor Sukan Olimpik di London, maka kekuatan sihir telah ditambah dan menjadi semakin kuat kerana mendapat campurtangan secara langsung daripada Dajjal laknatullah. Termasuk di dalam sekutu-sekutu Dajjal laknatullah dalam menebarkan sihir ke seluruh alam terutama ke atas umat Islam dan khususnya ke atas pejuang-pejuang Islam yang yakin dengan kedatangan Imam Mahdi, mereka adalah terdiri daripada para Rabbai Yahudi Orthodox di Israel, Paderi-paderi dan rahin Kristian bermazhab Katholik, sami-sami penyembah berhala, tok-tok bomoh dan mereka yang mengamalkan ilmu kebatinan tanpa pimpinan mursyid yang haq.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa sesiapa yang tidak bermursyid sebelum ini, apabila tibanya masa untuk kemunculan Dajjal laknatullah atau pun Pope Petrus Romanus, maka secara automatik mereka akan menjadi pengikut dan tentera Dajjal laknatullah. Ramai yang masih tidak sedar bahawa ada di antara mereka telah pun menjadi pengikut Dajjal laknatullah. Ini kerana bukan semua orang dapat mengesan cop mata satu yang terdapat pada dahi mereka yang belum bermursyid. Hanya mereka yang berbaiah denga mursyid dan menangis bertaubat atas dosa-dosa mereka yang mampu memadamkan cop mata satu di dahi-dahi mereka itu.



Kini, pengamal-pengamal perubatan Islam yang tidak bermursyid atau bertareqat, maka segala "power' rawatan mereka akan dipintas oleh Dajjal laknatullah yang menjadikan rawatan mereka itu berasaskan sihir sekali pun mereka kata mereka menggunakan ayat-ayat Al Quran. Air-air penawar mereka akan menjadi racun dan bisa yang akan memburukkan lagi pesakit-pesakit yang terkena gangguan makhluk-makhluk halus seperti jin dan syaitan. Hanya pengamal-pengamal perubatan alternatif Islam yang bermursyid sahaja yang masih dapat mengekalkan "power" yang mereka ada tanpa campurtangan sihir Dajjal laknatullah, sebab berkat guru-guru mursyid mereka yang bertaraf wali Allah.

Ramai yang tidak sedar bahawa mereka telah disihir sama ada dengan sihir halus atau pun dengan sihir berat atau pun kedua-duanya sekali. Bagi mereka yang sedar tentang perkara-perkara ini, berhati-hatilah dalam memilih perawat atau pusat rawatan. Bagi mereka yang masih meng"akal-akal"kan perkara ini atau cuba melogikkan perkara-perkara ini, maka malanglah nasib mereka. Selepas ini, akan kedengaran semakin ramai manusia sama ada muslim atau pun kafir yang akan terkena gangguan makhluk-makhluk halus.


Maka bermulalah peperangan sihir dan karamah yang akan berterusan sehingga era zahirnya Dajjal laknatullah nanti. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua dengan berkat Nur Muhammad, Sayidina Mahdi A.S dan guru-guru mursyid semua.

No comments:

Post a Comment