Wednesday, January 30, 2013

SISTEM POLITIK HAMPIR BERAKHIR


Sistem politik hampir berakhir sudah
Segala-galanya telah terserlah


Tetapi orang politik
kebanyakannya tidak nampak
Kerana kebanyakan orang politik
melalui karier politiknya
hanya mencari makan
Sebab itu sebahagian besar mereka
tidak perasan
Mereka tidak sedar
Politik mereka akan menyembelihnya
Mereka mati di tangan mereka sendiri
Orang yang prihatin perjalanan politik
sudah merasainya
Kalau di Malaysia, satu peristiwa besar
akan terjadi tak lama lagi
Tapi ianya tidak logik
Namun ia akan berlaku
Ia berlaku tak lama lagi 
Mungkin di tahun ini
atau tahun depan ia terjadi
Bila orang yang prihatin memberitahu
ada orang geram tergigit jari
Penulis-penulis dan ahli politik cari makan
tidak mengerti ini
Kerana mereka tidak memikirkan masa depan
Yang difikirkannya perut
Yang di bawah dagunya bagaimana nak diisi
Banyak pandangan penulis-penulis politik
tidak terjadi
Apa yang dicakap ini
tidak lama lagi akan terjadi
Yang mengakhirkan sistem politik di negara ini
Mereka akan malu dengan sendiri
Perkara yang mereka tak terfikirkan, terjadi
Sebelum ini apa yang diramalkan terjadi
Mereka buat-buat tak tahu
kerana sakit hati dan benci

No comments:

Post a Comment