Wednesday, March 6, 2013

Dakwah cara Nabi tak sesuai?


(Blog ini adalah himpunan Nota kepada diri sendiri, yang akan baca banyak kali adalah aku!)

“Salam saudara Hamka, saya sangat meluat dengan orang yang berdakwah secara berjumpa dirumah, sebab dengan dakwah cara macam ini, orang akan dapat dosa sebab marah dan tak selesa. Orang nak berehat, tapi pendakwah datang kacau, nampaknya, keghairahan kamu mencari pahala sunnah tanpa akal membuatkan orang lain berlaku biadap dan berdosa sesama islam. sepengatahuan saya, dalam berdakwah, yang penting cara itu mesti memikat dan menyenangkan orang. baru orang tertarik dengan kita dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.”

Adohai, komen di atas di tulis oleh salah sorang pembaca blog keretamayat, kemudian aku panjangkan komen ini kepada seorang ustaz X, kata ustaz X, adalah betul berdakwah cara berjumpa dari rumah ke rumah adalah ketinggalan zaman, kerana zaman ini dakwah boleh di buat dengan pelbagai cara, contohnya beliau yang mengajar di masjid menggunakan speaker yang kuat, juga adalah dakwah dua hala, satu dalam masjid, dan tak langsung orang luar masjid, kata ustaz X itu lagi, jika di rumah, kita On kan TV dengan ceramah ustaz Azhar Idrus dengan kuat, juga satu cara berdakwah.., boleh dakwah guna internet, guna muzik, cara dakwah jumpa adalah tidak sesuai dan meluat, bla bla bla bla..

Ok, cukup dua kefahaman di atas sebagai asbab aku update blog hari ini setelah kian lama perasan sibuk..

Komen aku:

Jika inilah kefahaman ugama ramai orang islam, memang senang lah orang kafir nak jajah orang islam, dan lambatlah ugama nak maju macam dahulu kala, adohai..

Aku bagi contoh analogi mudah, ahli kitab yahudi tidak suka Nabi akhir zaman di kalangan orang arab, mereka meluat dengan orang arab, akibatnya mereka tidak masuk islam, membuat dosa pada orang islam dan biadab bila Nabi orang arab berdakwah dengan mereka bangsa yahudi yang di anggap lebih mulia dari bangsa lain.

Persoalannya, apa berlaku pada ahli kitab yahudi tadi? Ada Allah peduli dengan rungutan mereka? Tak de maknanya kau menuntut hak untuk diselesakan dalam berdakwah.., Allah telah laknat mereka dan campak mereka ke neraka.

Aku harap komen partama bukan dari seorang ustaz, sebab benda ni basic, jika ada orang solat membaca Al quran dalam bahasa melayu sebab cara ini lebih berkesan dan khuyuk kononnya, maka ketahuilah walau kamu solat sambil menangis dan penuh khusyuk, tapi bila membaca al quran dalam bahasa melayu, maka solat korang tidak sah sebab tak ikut cara Nabi, tak ikut sunnah Nabi boleh hilang hak ummat terbaik di padang mahsyar. Adohai..

Bab dakwah cara Nabi, rujuklah Al quran. Kenapa nak pakai kepala otak sesuai dengan nafsu?

Bagaimana semua Nabi berdakwah?

Nabi Muhammad SAW dan semua Nabi berdakwah adalah dengan cara jumpa manusia dan bercakap dengan lemah lembut.
Rujuk Al quran kisah Nabi Musa dan Firaun.

Firman Allah:

"Pergilah kamu berdua (Nabi Musa dan Nabi Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".

Kalau ikut kefahaman korang, Firaun pun samalah macam korang, sangat meluat dengan orang yang berdakwah secara berjumpa dirumah beliau, firaun pun dapat dosa sebab marah dan tak selesa. Orang nak berehat, tapi Nabi Musa datang kacau, patut Nabi musa berdakwah dengan cara yang selesa, cara yang mesti memikat dan menyenangkan orang, guna internet ke, FB ke, baru firaun tertarik dengan Nabi Musa dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.

Begitu fahaman korang yang kononnya bernas?

Aku nak tanya, sebelum Allah hantar Nabi Musa berdakwah pada firaun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Firaun tak akan beriman?

Sebelum Allah hantar Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa 99 peratus kamun Nabi Nuh tak akan tak akan beriman dan kena bala?

Sebelum Allah hantar Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif dengan cara yang korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Nabi Muhammad SAW akan kena baling batu sebab semua penduduk taif rasa meluat dengan dakwah cara Nabi.

(jika kau jawab Allah tidak tahu, maka kau adalah bangang bab ugama)

Allah Maha mengetahui!

Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak selesa dengan dakwah cara Nabi, bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat blog ke? Tulis buku ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?

Takde maknanya!!

Nabi Muhammad SAW pun ajar sahabat berdakwah jumpa manusia dari rumah ke rumah dan bercakap dengan lemah lembut. Orang yang meluat adalah Abu jahal, Abu Lahab,.., tapi ada Nabi suruh sahabat ubah cara dakwah tu? Lepas tu siapa yang kena laknat dan azab? Abu lahabbbb!!!

Apa punya bangang lah korang ni, harap bukan ustaz..

Hari ni aku nak emosi.., sebab nak pesan pada diri sendiri,

Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..
Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.

Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah..

Nabi Nuh berdakwah siang dan malam, sepuluh tahun baru dapat seorang pengikut, tak pernah Allah cakap cara Nabi Nuh tu salah sebab 10 tahun dapat seorang, 900 tahun dapat 80 orang, yang salah kaum dia yang rasa tak selesa dengan cara Nabi Nuh berdakwah dan agenda yang di bawa oleh Nabi Nuh, akhirnya yang rugi kaum dia, bukan Nabi NUh, tak paham lagi?

"Tapi Tuan, ada orang insaf bila mendengar lagu nasyid, macam mana tu?"

Dik, dakwah terbaik adalah cara Nabi, selain dari cara Nabi ni walaupun ada sedikit ‘kesan’, tapi kesan kerohaniannya tak sama, lagipun bukan semua benda yang mendatangkan insaf itu baik, sebagai contoh, ramai orang insaf bila melihat mayat bergelimpangan mati di jalan raya, tapi tak kan lah kita sengaja nak bergolek di jalan raya semata mata nak suruh orang insaf, kena pijak tayar lori karang, siapa nak kutip? keretamayat juugak, adohai..

Dakwah selain dari cara Nabi, seperti menyanyi, berlakon, melukis kartun, dan lain lain yang seronok dengan nafsu, bagi aku ‘tak salah’ namun ianya macam tak sesuai nak dilebelkan sebagai dakwah, bagi aku ianya lebih sesuai di panggil “hiburan dalam islam” kerana “dakwah” itu adalah sesuai dengan nafsu dan tidak bermujahadah!, sedangkan dalam Al quran, ugama tersebar atau datang nusrah Allah adalah dengan dakwah mujahadah para Nabi dan Rasul...,

Baca kisah nabi Ibrahim kena campak dalam api, Nabi Nuh di maki, Nabi Muhamad di baling batu, Nabi zakaria di gergaji, Nabi Ayub di ditimpa penyakit, Nabi Yunus di telan ikan, Nabi Yosof dipenjara, Nabi Ismail di sembelih.. adohai..

Bila Sahabat rasa susah bermujahadah dalam berdakwah cara Nabi, Nabi tenangkan mereka dengan bagitahu:

“Sesungguhnya umat-umat yang zaman dahulu, mereka disikat dengan sikat-sikat besi sehingga mengoyakkan daging dan urat dari tulang-tulang, namun semua itu tidak membuatkan mereka berpaling daripada agama.”

Tuan tuan, Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde, halaman web Islamicpun takde jugak, sekolah pondokpun takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar macam UAI pun takde, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?

Kerana hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, sekolah pondok bertingkat tingkat, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?

Patut dengan dakwah cara tak meluat, Masjid penuhlah, tapi masih kosong terutama bila takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..

 “Habis tu bang, ustaz yang berdakwah di masjid surau tu bukan dakwah ke?”

Apa yang ustaz buat tu Taklim, (mengajar), Nabi pun buat di rumah Arqam bin Arqam, tapi Nabi bukan buat taklim sahaja, tapi Nabi dalam masa yang sama juga keluar berdakwah, Hari ini ramai ustaz dan ulamak (kena sangka baik-mungkin mereka perasan sibuk) tak berdakwah macam Nabi berdakwah, jika dulu Nabi berdakwah dari pintu ke pintu, tapi hari ni ustaz dan ulamak(bukan semua) hanya tunggu ummat datang kepada mereka.., cukup mengajar 10 peratus umat islam di masjid, berbeza dengan nabi yang pergi cari ummat l90 peratus lagi manusia di luar masjid..

Mungkin mereka keliru antara Dakwah dan Taklim. Of course dalam Taklim ada Dakwah dan dalam dakwah ada taklim, tapi senang cerita:

Taklim adalah:

1.            Pelajar kena datang kepada ustaz.
2.            Pelajar yang mendengar kena rendah diri, baru ilmu masuk.
3.            Ustaz yang bercakap di muliakan. Hormat pada Ustaz.

Dakwah pula adalah:

1.            Ustaz kena cari pelajar.., (nabi cari ummat)
2.            Ustaz yang bercakap kena rendah diri. (Nabi bercakap dengan lemah lembut)
3.            Orang yang mendengar di muliakan.., walaupun dia orang kapir.. rujuk Al quran akan bagaiaman Allah sendiri perintahkan Nabi Musa a.s berlemah lembut bila berdakwah pada firaun!!!

Tapi memang mujahadah dalam berdakwah, aku pun akui akan kemujahadahannya, tapi siapa aku nak cakap: cara Nabi tak sesuai, of course lebih senang ‘berdakwah’ dengan cara taklim, orang berminat nak dengar, buat lawak biasa pun orang gelak, kadang kadang dapat duit, tapi berdakwah jumpa orang, memang ada yang caci, maki, dan mungkin baling batu, isk!

Akhir kata:

Bersabarlah kita dalam berdakwah cara nabi, kerana Nabi dahulu bila berdakwah telah di hina oleh bangsa sendiri, Hari pertama istihar Kenabian, telah di tempelang oleh anak Abu jahal, Nabi pernah di sepak macam anjing, pernah di humban ke tanah seperti sampah, pernah di tumbuk sehingga tercabut giginya, di baling najis, di lontar batu sehingga berdarah darah, di hina di caci, di dusta di lukai, ini adalah gara gara berdakwah dari pintu ke pintu yang orang kapir cukup meluat.

Tapi adakah Allah turunkan wahyu kesian tengok Nabi susah bermujahadah dalam berdakwah dengan cara yang orang kafir meluat lalu suruh ubah cara berdakwah?

Takde maknanya!

Berdakwahlah untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain.., berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.

Pesan imam Ghazali: Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.
Nak berhibur sambil berpesan perkara baik, itu takde masalah, nak bernasyid ke, nak tulis blog ke, nak berkompang ke, nak berdemotrasi ke, selagi ada kebaikkan, ianya akan member manfaat pada sesama mukmin.. tapi nak kata cara Nabi tak sesuai dan meluat, memang bangang!

Sekian..

“Habis tu Hamka, kau cakap, berdakwah dengan lemah lembut, tapi kau asyik caci maki sahaja di sini, apa ke hal?”

Aku mengaku bersalah dan menulis mengikut nafsu, dan aku dah cakap banyak kali sebelum ini bahawa, blog aku ni bukan blog dakwah, ini adalah “himpunan nota ugama kepada diri sendiri”, kalau korang suka, blog ini boleh menjadi : “hiburan yang bermanfaat” sebab ada perkongisan ilmu.  Tapi jika meluat, bagus! bermakna anda sudah meluat dengan dakwah bukan cara Nabi, dan ada pontensi untuk suka dakwah cara Nabi, tahniah!

Woha!

Ps: Korang jangan nak melenting, Aku emosi kepada diri sendiri sebab perasan sibuk hingga tak sempat buat dakwah cara Nabi, Adohai...

1 comment: