Sunday, March 31, 2013

Ilmu Yang Patut Dituntut


ILMU sangat penting dalam kehidupan. Untuk hidup di dunia manusia memerlukan ilmu. Untuk hidup di akhirat pun perlukan ilmu. Jadi kita kenalah menuntut ilmu, sama ada ilmu untuk keselamatan dunia, lebih-lebih lagi ilmu yang membawa kebahagiaan akhirat. Atas dasar itulah Islam mewajibkan menuntut ilmu itu. Bahkan dalam Islam menuntut ilmu itu dilakukan tanpa had atau tempoh tertentu, ia mesti dilakukan sedari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Ini diberitahu oleh Rasulullah dengan sabdanya:
Terjemahannya: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
Selagi ilmu itu membawa faedah pada kita maka kalau ke negeri China pun termasuk Amerika dan Eropah, memang dibenarkan. Cuma persoalan yang timbul sekarang ialah ilmu yang bagaimana yang disuruh tuntut itu? Ya, ilmu yang membawa faedah pada hidup di dunia dan di akhirat. Soalnya apa bentuk faedah yang dimaksudkan? Sebab bukan semua yang berfaedah pada kita itu, berfaedah juga menurut Islam. Sebab ukuran faedah pada Islam ialah ilmu yang tidak melalaikan manusia daripada Allah SWT. Lalai dalam ertikata derhaka, iaitu perintah Allah tidak diikuti, larangan Allah dibuat juga. Lupa akhirat kerana terlalu tumpu kepada dunia. Dan lalai, dengan maksud ihnu itu membuatkan manusia sombong, takabur dan lupa diri selaku hamba Allah yang hina dina dan miskin papa.


Supaya lebih jelas biar saya senaraikan apakah faedah-faedah yang dikehendaki dandibenarkanoleh Islam, sebagai hasil dari menuntut ilmu:.
  1. Menjadikanseseorangkenal Allah, sifat-sifat-Nya dan af'al-Nya, serta yakin seyakin-yakinnya.
  2. Ilmu itu mendorong seseorang untuk takut pada Allah dan cinta pada-Nya.
  3. Mengetahui syariat (hukum-hakam) Allah seperti suruhan-Nya dan larangan-Nya.
  4. Ilmu yang dapat menyuluh siapa kawan dan siapa lawan.
  5. Ilmu itu menunjukkan cara menghadapi musuh.
  6. Ilmu itu membuat kita dapat kekuatan dan kemahuan untuk mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
  7. Ilmu itu membuatkan kita sanggup berkorban apa saja pada jalan Allah.
  8. Membesarkan akhirat dan memandang hina dan murah pada dunia ini.
  9. Sedar tentang hakikat diri, yakni sebagai hamba Allah yang lemah, hina dina, yang setiap saat sangat bergantung pada pertolongan dan bantuan Allah dan setiap apa yang dimiliki adalah pinjaman Allah.
  10. Ilmu yang boleh membentuk sikap tawaduk dan merendah diri.
  11. Ilmu yang membolehkan seseorang mengasihi dan memikirkan nasib orang lain. Dengan kata lain boleh mencetuskan perpaduan ummah.
  12. Ilmu yang dapat dijadikan panduan ke arah mencari rezeki yang halal, dan takut terlibat dengan sumber rezeki yang haram dan syubhat.
  13. Boleh membantu pembangunan fardhu kifayah yakni pertukangan teknikal, pertanian, perindustrian, perubatan, pembangtman dan lain-lain.
  14. Ilmu yang membolehkan kita mentadbir dunia sebaik-baiknya sebagai khalifah Allah.
Itulah di antara faedah dan peranan ilmu pengetahuan yang dibenarkan oleh Islam. Yakni ilmu yang dapat membentuk peribadi-peribadi yang bertaqwa serta berjuang menegakkan sistem Islam dalam setiap aspek kehidupan. Itulah tujuan ilmu. Dan inilah yang dimaksudkan dalam doa:
Terjemahannya: Ya Allah, berilah kami munafaat dengan apa yangEngkau telah ajar kepada kami, dan tambahkanlah lagi bagi kami ilmu yang bermunafaat.
Yang mana kalau ilmu tidak mendorong ke arah itu maka itu bukanlah ilmu yang diiktirafkan oleh Islam. Ilmu yang hanya meninggikan pangkat, membesarkan gaji, tapi tidak mengenal Allah, derhaka dengan Allah, derhaka dengan ibu bapa, khianat, bakhil, gila kuasa, mabuk dunia, lupa akhirat, maka ilmu itu adalah ilmu yang salah atau ilmu yang telah disalah-gunakan dan tidak memberi manfaat.
Hari ini memang umat Islam sukakan ilmu. Dari orang-orang atas hingga orang bawah semuanya berlumba-lumba mengejar ke dalam dan ke luar negeri untuk dapat ilmu. Universiti makin bertambah bilangannya untuk menampung para pemburu ilmu tadi. Itupun ada yang tidak dapat kerana tidak cukup lagi universiti.
Begitulah ramainya orang-orang yang inginkan ilmu tinggi. Tapi apa jadi pada lulusan-lulusan tinggi dalam dan luar negeri tadi? Adakah mereka jadi hamba yang bertaqwa? Yang bertawaduk? Yang cinta Allah? Berbakti? Berjuang menegakkan hukum Allah? Memuliakan ibu bapa yang berjasa? Membalas segala budi baik mereka, menggunakan pangkat dan gaji untuk jalan-jalan kebaikan dan keamanan diri, keluarga serta masyarakat? Menjalin kasih sayang dan berdikari?
Berapa orang yang balik dari umiversiti membawa taqwa? Dan berapa orang pula yang membawa maksiat, kufur, engkar, degil, keras kepala, sombong, takabur, angkuh, bakhil, riak, ujub, pemberang, kasar, tamak, mementingkan diri, gila dunia, mabuk kuasa, memburu pangkat dan gaji hingga kerana itu terpaksa berbohong, tipu, menindas, dengki, dendam, mengampu, rasuah, berpura-pura dan seribu satu macam lagi. Berapa orang menteri, pengarah, pengurus, pensyarah, doktor, arkitek, D.O, guru, kerani dan peon yang bertaqwa? Yang rendah hati, tawaduk, penyayang, pemurah, lemah lembut, timbang rasa, tolak ansur dan yang rela menyusahkan diri kerana memberi kesenangan pada orang lain? Dan berapa orang pula pegawai tadbir dan ahli-ahli mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah itu?
Para ilmuan Islam yang berjela-jela sijil dan ijazah pun pelik, lagi alim lagi cuai. Sepatutnya lagi alim lagilah warak. Bagaimana ini boleh terjadi? Nampaknya hari ini lagi tinggi-tinggi ilmu lagi banyak masalah. Kenapa jadi begitu? Siapa yang salah? Ilmu itukah atau orang-orangnyakah? Pada saya niat, cara mengambil ilmu serta menggunakan ilmu itu yang salah. Bukan ilmu yang salah. Dan ilmu itu telah disalah-gunakan. Misalnya niat menuntut ilmu tidak betul iaitu dengan tujuan dunia. Dan cara mengambil ilmu pun tidak betul seperti berguru kepada guru yang bukan Islam. Ertinya individu itu hanya mengambil ilmu dunia, tidak ilmu akhirat. Jadi, bila niat dan cara tidak betul maka jadilah apa yang terjadi kini. Lepas satu masalah, jadi lagi masalah timpa-menimpa. Tidak aman sungguh dunia ini. Manakala di akhirat orang yang berilmu begini akan masuk neraka dulu daripada penyembah berhala selama 500 tahun.
Kalau begitu apa dibangga pada sains dan teknologi? Pada gaji dan pangkat. Pada fakulti-fakulti di universiti yang beribu jenisnya. Belum ada seorang jurutera atau saintis Islam yang benar-benar bertaqwa, yang bekerja untuk mencipta barang-barang sendiri supaya umat Islam tidak lagi bergantung kepada orang bukan Islam Sedangkan perkara itu memang dituntut oleh Islam. Kebanyakan saintis kita kerja untuk gaji, bukan mereka, mencipta dan tidak produktif. Untuk apa belajar tinggi-tinggi dan lama-lama kalau tidakmenyelesaikan kepentingan fardhu kifayah umat Islam?
Hanya ilmu Islam jalan penyelesaian dan ilmu yang berteraskan iman dan taqwa boleh menghentikan dosa boleh membentuk akhlak mulia dan manusia akan ditolong oleh Allah agar selamat dari segala masalah dan kesempitan hidup. Tanpa taqwa, jangan harap otak dan ilmu kita boleh menyelamatkan kita. Oleh itu tuntutlah ilmu setinggi manapun asalkan boleh menjadikan kita bangsa yang bertaqwa dan yang bekerja keras sebagai khalifah Allah di bumi.
=== sekian ===

No comments:

Post a Comment